Reserve officer Training Unit (ROTU) Universiti malaysia pahang

Pengenalan

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Malaysia Pahang (PALAPES UMP) telah ditubuhkan pada 28 Mac 2016 secara ad hoc melalui surat arahan penubuhan yang dikeluarkan oleh MK TD – Cwg P&P iaitu MKTD/G5/RAN/PALAPES.100-1/10/41 (1) bertarikh 28 Mac 2016. Pada masa kini, bangunan PALAPES UMP masih belum siap dibina di Pekan, Pahang dan lokasi sementara PALAPES UMP adalah di Bangunan Ko-kurikulum, Gambang, Pahang. Pada 1 Oktober 2016, PALAPES UMP telah membuat pengambilan pertama yang mana seramai 42 calon daripada 63 calon telah lulus Lembaga Pemilihan Akhir dan layak mengikuti latihan yang dilaksanakan berpandukan Rancangan Pengurusan Latihan yang dikeluarkan.

Hubungi Kami