Kem Tahunan Pegawai Kadet Palapes Darat UMP

Pada cuti semester yang lalu, pegawai kadet Palapes Darat Universiti Malaysia Pahang peringkat Intermediate dan Junior telah menjalani kem tahunan selama 3 minggu. Kem tahunan tersebut didahului dengan seminggu latihan berterusan iaitu pada 8 hingga 17 Januari 2018 di Universiti Malaysia Pahang Kampus Gambang.

Pada latihan berterusan, semua pegawai kadet didedahkan dengan ilmu ketenteraan secara teori dan praktikal bagi membuat persiapan sebelum menjalani latihan tahunan. Bagi peringkat junior, mereka didedahkan tentang cara mengendali semboyan, latihan keyakinan diri iaitu perapungan dan absailing, E & E, dan CW.

Kem Latihan

Bagi peringkat intermediate pula, mereka membuat persiapan yang rapi semasa latihan berterusan dan tertumpu kepada kemahiran CIW yang akan diuji pada latihan tahunan. Mereka mengulang kaji pelajaran tentang CIW seperti membuat model, kawad tempur, membuat kubu, dan sebagainya.

Pada 17 Januari 2018, pegawai kadet peringkat junior diiringi jurulatih telah bertolak ke Rejimen 508 Askar Wataniah Kem Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan. Mereka menjalani latihan di sana dan dibantu oleh jurulatih dari kem itu sendiri. Pihak kem amat mengalu-alukan kehadiran mereka dan memberi layanan yang sangat baik.

Junior PALAPES UMP

Manakala pegawai kadet peringkat intermediate telah bertolak ke Port Dickson untuk menjalani latihan tahunan bersama pegawai kadet dari universiti awam yang lain. Mereka diuji oleh para pegawai tentang kemahiran CIW di sana.

Pegawai kadet junior menjalani latihan di Rejimen 508 termasuklah latihan hukuman kawad kaki, semboyan, compass marching, ujian jalan laju, senjata, dan sebagainya. Uniknya di kem tersebut, setiap hari semua anggota melakukan senam robik khususnya pada setiap petang dengan mengikut rentak lagu dangdut.

Kawad Kaki

Pada 26 Januari 2018, pegawai kadet junior telah bertolak ke Hutan Lipur Lenggeng untuk menjalani latihan compass marching di sana. Para pegawai kadet dibahagikan kepada beberapa seksyen untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Dengan semangat kerjasama dan komitmen yang tinggi, semua pegawai kadet telah berjaya mengharungi bermacam halangan dengan baik.

Para pegawai kadet peringkat intermediate dan junior telah menamatkan latihan tahunan dengan jayanya. Mereka memperoleh banyak pengalaman dan ilmu yang baru sesudah tamat latihan. Dengan bantuan jurulatih dan pihak anggota yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sedikit sebanyak dapat menyempurnakan lagi latihan tahunan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *