Pameran PALAPES Darat di Universiti Malaysia Pahang

Pada 5 Mac 2018, Pihak Palapes Darat UMP telah mengadakan pameran bersempena Hari Kerjaya untuk menarik minat anak muda menyertai dan memberi pendedahan sedikit sebanyak mengenai Palapes Darat di UMP. Pameran ini dikelolakan oleh Staf dan Jurulatih Palapes Darat UMP dibantu oleh Pegawai Kadet UMP. Pameran tersebut bermula seawal 9 pagi bertempat di Blok WDK.

Pameran ini bertujuan untuk mempromosikan Palapes Darat UMP kepada orang awam serta menarik minat anak muda dengan memperkenalkan semua aktiviti yang telah dianjurkan selama 2 tahun penubuhan palapes darat di UMP. Sebuah video pendek yang dihasilkan oleh seorang Pegawai Kadet intermediate bertujuan mempamerkan aktiviti sepanjang latihan telah disiarkan dan mendapat sambutan yang baik daripada para pengunjung daripada pelajar-pelajar sekolah dan juga pelajar pra-universiti.

Selain itu, orang awam juga berpeluang melihat senjata-senjata yang digunakan semasa peperangan dan latihan dengan lebih dekat kerana beberapa buah senjata seperti M16 dan juga GPMG dijadikan sebagai bahan pameran untuk memberi pengetahuan sedikit sebanyak mengenai senjata yang digunakan serta tatacara untuk mengendalikan senjata tersebut kepada orang awam.

Disamping itu juga, Booth Palapes Darat UMP juga memperkenalkan pakaian-pakaian yang dipakai oleh seorang tentera dan pangkat-pangkat dalam Tentera Darat Malaysia. Pihak Palapes Darat juga menyediakan ruang untuk berdiskusi bersama Mejar Johari, selaku Ketua Jurulatih Palapes Darat UMP mengenai hala tuju seorang Tentera Darat di Malaysia.

Pameran yang diadakan selama 2hari tersebut sangat memberi kesan kepada orang ramai. Ramai orang awam makin mengenali struktur pentadbiran tentera dan juga menarik minat ramai anak muda khususnya pelajar sekolah untuk meanggotai Pasukan Tentera Darat pada masa hadapan. Oleh itu saya mengharapkan supaya lebih banyak pameran seperti ini diadakan pada masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *