May 15, 2018

LATAR BELAKANG

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau PALAPES diwujudkan atas kerjasama Kementerian Pertahanan dan Universiti untuk melatih para penuntut universiti di dalam bidang asas ketenteraan. Di universiti ini, semua penuntut universiti diwajibkan mengambil program ko-kurikulum sebagai salah satu syarat untuk mereka layak menerima ijazah. Program ini merupakan salah satu aktiviti ko-kurikulum yang dilaksanakan di universiti.

Matlamat utama pasukan ini memberi latihan yang berkualiti kepada Pegawai Kadet bagi melahirkan bakal pegawai yang berketrampilan dalam Kor Askar Wataniah sejajar dengan pasukan Angkatan Tetap. Manakala bagi sasaran utama Berjaya mengendalikan latihan pasukan, individu dan latihan Pegawai Kadet dilaksanakan dengan jayanya.

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Malaysia Pahang (PALAPES UMP) telah ditubuhkan pada 28 Mac 2016 secara ad hoc melalui surat arahan penubuhan yang dikeluarkan oleh MK TD – Cwg P&P iaitu MKTD/G5/RAN/PALAPES.100-1/10/41 (1) bertarikh 28 Mac 2016.

Tujuan penubuhan pasukan ini adalah dasar kesedaran dan kepercayaan bahawa para mahasiswa/mahasiswi yang berkelayakan boleh dijana menjadi sumber utama tenaga manusia yang bukan sahaja mempunyai kelulusan ijazah malahan boleh memberi sumbang besar kepada pembentukan modal insan yang lebih dinamik, berdedikasi, patriotic dan multi skills. Di samping itu, penubuhan PALAPES ini juga akan memberi peluang kepada siswazah untuk diserapkan sebagai Pegawai Sukarela atau Pegawai Tetap dalam Tentera Darat.

Pada masa kini, bangunan PALAPES UMP masih belum siap dibina di Pekan, Pahang dan lokasi sementara PALAPES UMP adalah di Bangunan Ko-kurikulum, Gambang, Pahang.

Pada 1 Oktober 2016, PALAPES UMP telah membuat pengambilan pertama yang mana seramai 42 calon daripada 63 calon telah lulus Lembaga Pemilihan Akhir dan layak mengikuti latihan yang dilaksanakan berpandukan Rancangan Pengurusan Latihan yang dikeluarkan.

Latihan Pegawai Kadet

  • Berpandukan kepada silibus RPL pegawai kadet yang dikeluarkan oleh MK Latihan TD
  • Latihan yang disediakan adalah seperti berikut.
    • Latihan Tempatan (240 Jam)
    • Latihan Berterusan (14 Hari)
    • Latihan Kem Tahunan (15 Hari)

Silibus Latihan Pegawai Kadet